Tuesday, November 11, 2014

Oh hidup~
Mengapa tuamu semakin sukar
Mudamu begitu gembira
Bukankah sepatutnya dengan ilmu
Dan pengetahuan
Duka bukan lagi pencabarmu
Bukankah itu tidak lagi menjadi mimpi ngerimu
Bukankah sudah kau tahu
Menyulam ria dengan air mata
Menyilang hiba dengan tawa

Ayuhhh....
Tingkah kembali susun langkahmu
1,2
1,2,3
Gerakmu biar gah
Senyummu biar lebar
Tawanlah ia
Tambat kembali ikatan itu
Biar jatuh
Jangan kaku....
Kerana kau tahu
Ini hidupmu

1 comment:

takky said...

semakin banyak ilmu...
semakin diri menjadi keliru....
disaat itu rasa diri ini hidup segan mati tidak mahu....
kerana takut dan alpa dengan tujuan hidup sebenar yang satu....
atas sebab dunia yang suka membisu...
atas perkara yang tak sepatutnya berlaku.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...